Tuesday, October 5, 2010

LAPORAN MINGGU KEDUA!!

cam lama je nak tunggu seminggu ni haihhh... aku tatau penurunan aku minggu ni aku patut gembira atau berduka... tgh musim raya..so pepaham jela kan..

BERAT PERMULAAN : 126 KG
BERAT SEBELUM : 120 KG
BERAT TERKINI : 117 KG
PENURUNAN MINGGUAN : 3 KG
PENURUNAN TERKINI : 9 KG
BMI PERMULAAN : 37.6
BMI TERKINI : 34.9

err.. klu gini la caranya... aku bajet by hujung bulan ni aku hanya boleh dpt berat aku time form 5 which was 7 years ago jela... jadila..

Tuesday, September 28, 2010

LAPORAN MINGGU PERTAMA!!!

drum roll.... hehe

ok di awal minggu iaitu hari pertama hingga ketiga amat memeritkan.. dengan sakit kepala, ciri birit segala.. mujur hari keempat berjalan dengan baik. sepanjang minggu ni aku adalah tercuri mkn sket..wahaha.. time diet ni la mak aku nak masak makanan kegemaranku...tapi aku curi sket je tau..takdalah hadap satu pinggan..cuma gi amik sudu curik sikit demi sedikit je..haha... antara makanan yg ku curi makan pulut kuning dgn kari telur, kuew teow goreng dgn ubi rebus cicah sambal tumis.. sedap kan? mmg takley tahan.. ok tibalah masanya mengumumkan result minggu pertama.

BERAT PERMULAAN : 126KG
BERAT TERKINI : 120KG
PENURUNAN : 6KG

Alhamdulillah aku ingat turun 1-2 kg je..sbb curik2 makan tu kan? aku harap aku dpt turun 1kg setiap hari selepas ni... hujung bulan sepuluh ni ada event ok! aku nak target utk turun 99kg hujung bulan 10 ni..boleh ka??? huhuuu.. haruslah kena kelihatan kacak dan bergaya. doakan aku berjaya mengharunginya!!

oh sebelumku terlupa..thanks kpd yg sudi jenguk blog aku yg tak seberapa ni..dah 100hits dah hehe.. tengs jugak kpd zul pemilik blog http://taknakgemuk.blogspot.com yg telah memberikan inspirasi...

dah teruskan menonton biggest loser asia!! shoot!! scott dah terkeluar! perserta yg berpotensi utk menjadi juara! Raj mmg kejam!

Saturday, September 25, 2010

HARI KELIMA!

Mak aku masak mulut kuning dgn kari telur arini..uwaaaaaa...tadapat makan...sedih plak dapat tgk jek... sejak aku diet ni makanan asik terbazir jek... huuhu.. kesian plak tgk mak aku masak penat2... haihh...

Friday, September 24, 2010

HARI KEEMPAT

alang-alang dah login ni aku update sekali utk hari ke-4

SARAPAN
Sosej 3 biji - 4.8g carb.

TENGAHARI
Ayam percik Ayamas

MAKAN MALAM?
tak tau lagi! bosan pulak makan benda yg sama je hari-hari. satgi nak shopping apa yg patut.. beli ikan ka udang ka.. nak buat ikan bakar dgn sambal ok tak? sambal resepi sendiri (cili giling + serai + bawang putih + bawang merah + perahan limau + garam dan gula secukup rasa) ok ke?

++ mak masak sup ayam hehe...

p/s: dah muak makan telur..aritu diet hari kedua masak telur hancur tu pun tak habis.. muak sgt.

HARI KETIGA??

hari ketiga aku dah start cirit birit dah..adeh.. bermula pukul 3 pagi sampai la pagi tadi ~_~ huuuu.. penat plak update tiap2 hari kan.. aku rasa aku update seminggu sekali la haha...

Wednesday, September 22, 2010

HARI KEDUA!!

OMGG!! Aku da stat pening2 lesu2.. adoih.. ni baru je bangun tido ni ha... walau apapun yg terjadi kan ku terus gagahkan diri ini utk meneruskannya.. seperti biasa laporan di teruskan

SARAPAN

BURGER AYAM (3g)
Sosej (3.2g)
Total Carb. = 6.2g

LUNCH

TELUR 2 BIJI
SOSEJ 2 BIJI
SEDIKIT BWG MERAH & PUTIH
SISA SATAY 2 CUCUK
Total Carb = +-5g kot

DINNER
plan nak masak sup malam ni
SUP TELOR + SOSEJ = +-5g

P/s : rasa nak pengsan dah ni!! keje banyak lg nak kena buat :((

Hari Pertama!

BREAKFAST
TELUR DADAR
CHEESE
DAGING BURGER
MAYONIS
TOTAL CARB. : 5.8g

LUNCH
IKAN GORENG MASAK SAMBAL
AYAM PADPRIK
TOTAL CARB. : +-5g


DINNER
AYAM REMPAH 2 KETUL
SUP SOSEJ
TOTAL CARB. : 6.5g

+ AIR MASAK : 2L

JUMLAH PENGAMBILAN CARB. : +-17.3g

AKTIVITI

BERBASIKAL

P/S: so far, segalanya berjalan lancar mungkin sbb ambik vitamin pagi tadi..cuma kerap ke bilik air.. penatlah! ok doakan dietku ini berjalan lancar ya.

Tuesday, September 21, 2010

PERMULAAN BUAT DIRIKU

smalam bermula la biggest loser asia musim ke-2!! dan aku mmg dah rancang akan seiring berdiet dgn rancangan ni. so adalah inspirasi sikit kan... ok harini merupakan hari pertama aku memulakan program diet atkins..aku harap semua nya berjalan dengan lancar.. berikut adalah kiraan aku utk diet kali ini.

BERAT PERMULAAN : 126 KG
TINGGI : 183 CM
BERAT BADAN IDEAL : 75KG!!

MENANGIS!!!

SO AKU HARAP AKU BERJAYA!! DOAKAN AKU YA!! I WANNA LOOK GOOD BY THE END OF THIS YEAR!!

SATGI AKU TEPEK APA AKU MAKAN.. KIRA BLOG NI MACAM FOOD DIARY LA GITU

Friday, September 17, 2010

INTRO

Hai semua!!!

Setelah 2 kali gagal dalam acara menguruskan gagal aku memutuskan utk memulakannya kembali tetapi dengan cara berbeza iaitu mewujudkan blog ini.. aku harap dengan wujudnya blog ini aku dapat mendisplinkan diri utk menjadi lebih kacak. Umur makin meningkat dan aku perlu menjadi lebih kacak sbb aku ingin menjadi seperti orang lain mempunyai teman wanita dan akhirnya berkahwin dan mempunyai anak.. taste aku tinggi dan susah nak jumpa.. so aku pun perlu siapkan diri aku seperti yg sepatutnya..supaya tiada perbandingan yg terlalu jauh.. walaupun dia mungkin boleh terima aku adanya..tapi tidak aku, sbb aku taknak memalukan dia, aku nak menjadi setaraf dengan bakal bini aku.. aku nak org kata kami pasangan yg ideal bagai pinang di belah dua.. tidak mahu di katakan seperti bagai langit dengan bumi atau like beauty and the beast.. baiklah aku akan memulakan diet yg di namakan diet ATKINS ini mulai esok 19hb atau paling lama 20hb insha Allah. doakan aku berjaya kalini. aku akan post secara kerap utk kasitau update..supaya aku leh track sendiri aku punya perkembangan. utk next post aku akan laporkan berat sebelum mula diet dan planning aku utk berdiet..

TERIMA KASIH!!!